Panduan Template Slip Gaji Excel

Pengenalan

Template Slip Gaji Excel ini menggunakan Microsoft Excel sepenuhnya. Mudah dan cepat. Template ini khas untuk buat slip gaji tanpa menyimpan rekod bulan-bulan lepas. Sesuai untuk kira gaji pokok sahaja.

Semua sudah auto kira KWSP, Perkeso & SIP berdasarkan gaji pokok yang disimpan dalam tab pekerja. Kecuali cukai pendapatan. terlalu banyak formula untuk dibuat dalam excel. Untuk cukai, boleh masukkan secara manual.

Penerangan Excel Sheets

1. Panduan

Penerangan secara ringkas cara pengguna slip gaji excel ini.

Warna Merah – tak perlu isi, sudah ada formula.
Warna Hijau – boleh tukar dan tambah.

2. KWSP

Dalam tab KWSP ini, anda boleh simpan kadar caruman yang dikenakan oleh pihak KWSP. Jika ada perbuhan, anda juga boleh kemaskini jadual caruman sendiri. Tiada masalah. Formula telah dimasukkan sehingga 10000 barisan. Kecuali ada perubahan yang ketara dari pihak KWSP.

Kadar semasa caruman adalah 11% Pekerja & 12/13% Majikan. Kadar yang ditetapkan untuk excel ini adalah sehingga gaji RM20,000 sahaja.

3. Perkeso

Simpan kadar yang dikenakan oleh pihak Perkeso di sini. Jika ada perbuhan, anda juga boleh kemaskini jadual caruman sendiri. tiada masalah. Formula telah dimasukkan sehingga 10000 barisan. Kecuali ada perubahan yang ketara dari pihak Perkeso.

4. SIP – Skim Insurans Pekerja

Lebih kurang sama dengan Perkeso, jadual kadar caruman yang ditetapkan oleh pihak Perskeso. Dalam english, EIS iaitu Employment Insurance System.

5. Pekerja

Dekat tab pekerja, dekat sini anda boleh simpan senarai pekerja yang ada, termasuk gaji pokok.

Maksimum 100 orang pekerja sahaja. Formula hanya untuk 100 perkeja. Kalau sudah sampai 100, anda boleh padam rekod lama. Jika 100 orang perkerja aktif, sebenarnya anda perlukan sistem.

6. Slip Gaji

Dekat sini, anda boleh print slip gaji. Slip Gaji 1 – tema warna biru. Manakala 2 tema warna hijau.

Berikut adalah contoh slip gaji bila print.

Cara Print Slip Gaji

Windows User

  1. Tekan keyboard Ctrl+P
  2. Pilih Active Sheet
  3. Pilih printer “Microsoft Print to PDF”
MacOs User
  1. Tekan keyboard Ctrl+P
  2. Pilih Active Sheet
  3. Tukar “PDF” kepada “Save as PDF”
  4. Dan save!

Video Preview

Video dibawah ini mungkin berbeza sedikit dengan versi template slip gaji terkini. Namun begitu, bukanlah ketara sangat, masih boleh dirujuk.